Bagaimana Dan Dimana Sumber Terbaik PLR

Resell Rights Weekly
Reputasi dan permintaan untuk PLR semakin baik dan meningkat sejak kebelakangan ini. Jadi terdapat berdozen-dozen website yang menawarkan keahlian kepada web PLR. Isunya disini adakahPLR yang disediakan itu bermutu tahap fantastik? Mencari web yang menyediakan PLR yang tahap baik hingga fantastik juga sangat sukar. Web yang sebegini sangat sedikit bilangannya.
Yuran keahlian sebulan bukan boleh dijadikan kayu ukur yang menunjukkan web tersebut memberikan material PLR yang baik. Yuran keahlian yang lebih murah untuk meningkatkan bilangan ahli - itu standard. 

Pengurangan ini tidak bermakna yang material PLR yang disediakan tidak bermutu. Ia hanya menunjukkan bahawa lebih ramai orang akan membeli material PLR bagi kegunaan mereka. PLR ini akan digunakan oleh lebih ramai orang dilaman web atau dijadikan kontent untuk blog mereka dan ini juga bermakna 'article spinner' (pernah guna?) diperlukan bagi mengelakkan 'duplicate content'. Sebaliknya yuran keahlian yang lebih mahal tidak dapat menjamin material yang disediakan bebas dari isu ini. Ia hanya menunjukkan bahawa kurang individu yang  mempunyai aksess ke web tersebut, itu saja.
Kenyataan tentang PLR ialah sesiapa saja boleh mendapatkannya tetapi hampir tiada siapa yang boleh menggunakannya dengan jayanya. Kebanyakkan individu yang mendapatkan PLR samada terlalu malas atau langsung tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya. Objektif utama ialah, jika saya tidak silap, mendapatkan wang tunai dan lebih banyak lebih bagus. Tetapi objektif yang ramai orang lihat ialah secepat mana mereka dapat memenuhkan disk drive. Malang sekali, kontent yang hebat yang didownload tetapi orang yang mendownloadnya tidak tahu menggunakannya, bagi saya satu kerugian yang besar, ini hanya akan menyemakkan disk drive anda saja.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.