Tips Penting Bila Membeli Produk PLR



Hanya baru-baru ini IM dan usahawan internet mengetahui nilai hebat produk PLR dan bagaimana ia boleh digunakan dalam niche website atau ditulis semula atau dipakejkan dan dijual semula seperti produk digital yang baru.
Membeli produk PLR yang menguntungkan adalah bergantung kepada dua perkara:


  1. Tahu dimana untuk mendapatkan produk PLR yang bermutu
  2. Tahu membezakan antara yang 'bagus' dan 'tak berapa bagus'
Sesetengah guru internet mengatakan mencari produk PLR yang bermutu umpama mencari jarum dalam timbunan jerami. Terdapat banyak website diruang siber yang menawarkan produk PLR. Mencari produk PLR bukan masalah tapi mencari PLR yang bermutu ITU masalah.


Di website PLR memang benar keahlian adalah terhad (biasanya).Walaupun untuk menjadi ahli boleh menimbulkan masalah kerana biasanya terdapat senarai menunggu yang panjang hanya untuk mengaksess material PLR.
Ketika mencari produk PLR anda akan mendapati produk PLR mempunyai variasi yang luas berkenanan harga serta bonus yang ditawarkan. Ia menjadi satu kelebihan bagi anda jika anda menjadi ahli website PLR yang membayar yuran secara bulanan yang menawarkan pada anda produk PLR yang sama kepada orang yang bukan ahli. 


Mengenalpasti produk PLR yang bermutu adalah bahagian kedua terpenting. Terdapat banyak website PLR diluar sana yang menawarkan produk PLR yang bermutu tetapi mereka semua ada perbezaan. Tidak semua produk PLR yang ditawarkan oleh website ini semuanya bermutu dan anda harus tahu bagaimana untuk membezakannya.
Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda menentukan samada PLR yang ditawarkan oleh website tersebut itu bermutu atau tidak:

  1. Relevan: Ia tidak menjadi soal betapa hebatnya bahan PLR itu, jika produk tidak relevan dengan niche anda atau jika ia bukan kerja yang mudah untuk membuatkannya unik dan boleh diguna semula. 
  2. Ketepatan: Produk PLR yang anda lihat mestilah mempunyai maklumat yang tepat. Anda tidak boleh menggunakan produk yang mendakwa 'dunia ini adalah rata'. Anda lebih tahu berkenaan niche anda, pasaran niche anda dan keperluan serta kehendak subscriber anda. Bahan yang penuh dengan maklumat yang tidak tepat tidak boleh berubah menjadi bahan yang hebat yang anda boleh gunakan. 
  3. Maklumat yang up-to-date. Maklumat sentiasa berubah-ubah, ada maklumat terbaru tentang setiap subjek secara berterusan. Berita tahun lepas sudah tidak punya nilai.
  4. Ejaan dan tatabahasa. Ya anda boleh menetapkan ejaan kesilapan tatabahasa tetapi sebenarnya tidak perlu. Ejaan yang salah dan tatabahasa yang teruk adalah tanda-tanda kecuaian dan kemalasan. Anda boleh buat andaian, jika ebook, lapuran dan sebagainya yang dimuat turun dari website PLR semua penuh dengan kesilapan ejaan dan tatabahasa, hasil kerja yang tidak cukup kajian dan ia juga dipenuhi dengan kesilapan-kesilapan lain yang akan menjadikannya tidak mudah untuk dibetulkan.
  5. Keaslian. Mari kita akui fakta ini. Setiap maklumat asas yang diguna pakai semua adalah sama. Perbezaannya adalah terletak pada cara pendekatan kepada fakta asas ini yang menjadikannya satu artikel, ebook atau lapuran itu asli.
  6. Maklumat yang berguna. Maklumat datang sekurang-kurangnya dalam dua bentuk; maklumat berguna dan maklumat tidak berguna. Anda tahu niche anda dan anda tahu subscriber anda, maklumat yang anda sediakan haruslah lebih dari sekadar 'taman' yang dipenuhi dengan pelbagai maklumat. Ia perlu menjadi maklumat yang boleh dipraktikkan pada diri mereka (subscriber anda) yang akan membantu mereka menyelesaikan masalah atau menjadikan hidup mereka lebih mudah. 
Mencari dan mengenal pasti produk PLR yang bermutu adalah penting tetapi jika anda tidak tahu menggunakanya untuk menghasilkan duit untuk anda, ia tidak membawa banyak kebaikan. Sebaik saja anda telah menemui dan mengenal pasti produk PLR yang bermutu, peperangan baru saja bermula untuk anda. Ingat, terdapat ramai orang diluar sana yang mempunyai aksess yang sama kepada produk yang sama. 
Apa yang anda lakukan terhadap produk PLR adalah faktor penentu samada anda akan menghasilkan poket yang penuh dengan duit atau hanya membiarkan produk itu duduk diam dalam hard disk anda, berabuk dan berkarat.


Anda boleh menjadikan diri anda mempunyai kelebihan dari orang lain yang anda bersaing dengan mempelajari bagaimana untuk membuat produk PLR anda sendiri.
Anda perlu tahu kaedah terbaik untuk re-title dan re-branding produk PLR sebagai produk anda sendiri yang unik. 


Anda perlu tahu dimana dan bagaimana cara yang berkesan untuk meletakkan link affiliate anda dan bagaimana boleh menawarkan Master Resell Right kepada orang lain bagi produk anda sendiri yang telah dihasilkan dari produk/bahan PLR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.