Glosari PLR

Apabila anda subscribe sebagai ahli di website PLR, terdapat beberapa perkara yang perlu anda fahami. Sesetengah orang berfikir, apabila mereka telah menyertai (sebagai ahli) web PLR mereka bebas berbuat apa saja ke atas material yang mereka download. Sebenarnya, tidak dalam kebanyakkan kes.


Pertama dan yang paling penting ialah membaca terma dan penggunaan yang anda perlu persetujui untuk menjadi ahli web PLR tersebut. Apabila anda membaca terma perjanjian penggunaan, anda perlu memahami apa yang bakal anda persetujui secara khusus, tidak semua PLR mempunyai hak (rights) yang sama.



Ada beberapa syarat yang anda dapat lihat terus tertulis didalam terma penggunaan. Selain dari terma ini tidak digunakan secara khusus, tetapi anda perlu mengenal tujuan pernyataan dalam terma penggunaan.


Private Label Rights: Kandungan laman web yang ditulis oleh pihak ketiga dan dijadikan PLR, disediakan untuk beberapa orang pembeli untuk membeli dan menggunakannya. Material ini kemudiannya boleh digunakan sebagai atau disunting oleh pembeli atau subscriber (dalam garis panduan) web PLR. Garis panduan yang berbeza bagi setiap web.
Lesen PLR adakalanya memberikan juga kebenaran Resale Right (kebenaran jual semula). Ada juga yang menawarkan Resale Right secara berasingan. Dalam web PLR yang sama ada PLR yang ditawarkan bersama Resell Rights dan ada yang tidak.


Limited Resale Rights: Hak ini terhad dimana anda boleh menjual semula dan boleh juga mengedit material tetapi ia akan menghadkan cara dimana bahan tersebut boleh dijual semula. Iaitu anda mungkin boleh menjual pada subscriber dalam senarai anda sebagai bonus kepada produk digital yang lain tetapi anda tidak boleh memindahkan Resale Rights kepada pihak ketiga. Istilah "Limited Resale Rights" boleh atau tidak boleh diguna secara khusus. Anda mungkin melihat terma "Non Transferable Private Label Rights" dan bukan "Limited Resale Rights". Pada dasarnya ini adalah perkara yang sama yang bermakna anda tidak mempunyai hak untuk menjual semula lesen "Resale Rights". Anda boleh mendownloadnya, menambah, mengeditnya, masukkan link affiliate dan jualnya seperti hak anda sendiri tetapi anda tidak boleh memberi pembeli anda hak untuk jual semula.


Master Resale Rights:  Biasanya anda akan melihat term ini ditulis besar pada laman web Private Label Rights yang juga dalam terma penggunaan tetapi anda harus berhati-hati membaca terma perjanjian untuk memastikan yang terma ini tidak datang bersama syarat-syarat lain. Master Resale Rights bermakna anda boleh menjual semula material kepada subscriber anda dan promosikannya sebagai hasil kerja anda. Ia juga bermakna anda juga boleh memberikan hak jualan semula kepada orang lain (pihak ketiga).


Transferable PLR: Ini bermakna anda boleh memindahkan hak untuk menjual semula kepada pihak ketiga. Transferable PLR memberikan hak kepada anda untuk BERIKAN hak menjual semula hasil kerja anda kepada pihak ketiga tetapi tidak memberi hak jual semula kepada pihak ketiga.


Private Label Rights & Master Resell Rights: Sekali lagi anda perlu membaca terma perjanjian. Pada permukaan ianya nampak seperti satu perjanjian menyeluruh yang bermakna apabila anda mendownload material dari laman web ini, anda boleh melakukan apa saja yang anda ingin lakukan termasuklah mejual hak (rights) untuk menjualnya semula. Masih ada lagi hadnya yang disertakan dengan hak tersebut, contohnya anda tidak dibenarkan membuat post meterial ini ke web PLR yang lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.