PLR - Private Label Right




Private Label Right atau biasanya disebut PLR adalah lesen yang diberikan untuk sesuatu kontent. PLR biasanya bermakna kontent yang sama boleh digunakan berulang-kali dan anda dibenarkan untuk mengeditnya atau memindanya sehinggakan anda boleh meletakkan nama anda sebagai penulisnya. Maknanya, anda beli produk PLR dan anda boleh mengakui produk tersebut ciptaan anda (walaupun anda tak pernah menciptanya).



Secara umumnya, produk PLR membenarkan anda :



  • Menjual semula produk tersebut
  • Mengubahsuai isi kandungan dan penampilan produk tersebut
  • Mengakui hakcipta ke atas produk tersebut
  • Meletakkan nama anda sebagai pencipta produk tersebut



  Selain itu, produk PLR juga memiliki banyak kelebihan berbanding produk lain seperti :


# Produk Informasi dan Digital – ramai pengguna internet melayari internet untuk mencari informasi dan permintaan terhadap produk informasi adalah tinggi. Lagi satu, produk PLR biasanya dalam bentuk digital maka kos penghantarannya adalah RM0.00, tak perlu nak bayar caj penghantaran kurier ataupun pos.


# Memenuhi kehendak pasaran – Kebanyakan produk PLR yang dihasilkan adalah terdiri dari pelbagai niche seperti perniagaan, kesihatan, motivasi diri, kekeluargaan, hobi dan sebagainya. Ia tidak terikat dengan satu niche sahaja. Maka, pelbagai golongan boleh menjadi pelanggan produk ini. Lagi satu, kebanyakannya disertakan sekali dengan web jualan dan ecover untuk memudahkan pembeli. Maka, isu ketidakpuasan hati dikalangan pembeli adalah hampir tiada!


# Tukar format – Jika anda seorang yang kreatif, anda boleh sahaja menjadikan produk PLR anda dalam pelbagai format seperti format fizikal (buku, CD, majalah, buletin), produk audio (MP3) ataupun dalam format video. Dengan kepelbagaian format ini sebenarnya memberikan lebih pilihan kepada pelanggan diluar sana untuk memilih format produk yang sesuai dengan mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak memiliki talian internet tentu lebih senang dengan format audio dimana beliau boleh mendengar audio tersebut disepanjang perjalanannya ke kampus.


# Boleh diubahsuai – jadikan ianya seolah – olah produk anda sendiri, produk terbaru! Ubahsuai produk PLR tersebut sehingga ianya memandangkan identiti anda. Terjemahkan ke Bahasa Malaysia untuk menakluki pasaran tempatan atau biarkan ianya didalam Bahasa Inggeris untuk membina perniagaan diperingkat antarabangsa.


# Membina kredibiliti – Dalam perniagaan internet, kredibiliti sangat penting untuk mendapatkan keyakinan serta kepercayaan daripada para pelanggan. Produk PLR boleh membantu anda untuk membina kredibiliti yang baik. Produk PLR boleh diubahsuai, dan nama anda diletakkan sebagai penulisnya. Kemudian anda sebarkan produk ini dan ia akan menampakkan anda seorang yang pakar. Bayangkan beribu – ribu orang diluar sana sedang membaca sesuatu yang anda tulis (walaupun bukan anda menciptanya) tentunya ‘kepakaran’ anda disebarkan dengan cepat! Bina kredibiliti anda dengan produk PLR.


# Source file disediakan – source fail yang dimaksudkan ialah seperti grafik ecover, template website dan banner promosi turut disediakan. Lebih menarik, khususnya bagi grafik, fail yang disediakan adalah dalam format PSD iaitu format yang memudahkan anda mengubahsuai grafik dengan perisian Photoshop. Begitu juga ebook, yang disediakan dalam format .doc iaitu boleh diubahsuai dengan perisian MS Words sahaja. Semua sudah disediakan, anda hanya perlu ubahsuai untuk jadikannya unik seolah – olah ianya ‘fresh’ ciptaan anda!


Dengan produk PLR, anda sudah tidak perlu lagi melakukan kajian, memilih topik dan melakukan penulisan kerana semuanya telah dilakukan untuk anda termasuk penyediaan grafik. Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah ubahsuai produk PLR tersebut sehingga ia nampak unik dan seolah – olah ciptaan anda sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.