PLR Dalam Internet Marketing

Tidak berapa lama dahulu boleh dikatakan kebanyakkan Internet Marketer tidak tahu apa maksud sebenar PLR, termasuklah bagaimana cara untuk menggunakannya. Sememangnya PLR telah dikelilingi oleh tembok batu yang menyembunyikannya dari kuasa yang terdapat didalamnya. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini saja 'kuasa'nya diketahui oleh Internet Marketer dan ia menjadi popular.

Mari kita lihat sudut PLR selain daripada produk digital. Maksud saya produk yang berada dipasaran offline. Produk yang saya dan anda lihat setiap hari atau mungkin digunakan setiap hari. 


Cuba lihat pasaran bagi produk pencucian. Berapa banyak jenis produk pencucian yang terdapat dipasaran sekarang? Beratus? Beribu? Berjuta?


Kecil kan skop pada produk pencucican untuk lantai. Masi lagi banyak jenisnya, kan? Kecilkan lagi skop pada pencuci lantai basmi kuman (disinfecting). Masih lagi banyak yang sejenisnya tetapi secara umumnya produk ini mengandungi ramuan yang sama.


Walaupun kebanyakkan produk pembasmi kuman ini mengandungi bahan (ramuan) yang sama, dengan pelbagai kegunaan, pelbagai bahan tambahan dan ada yang juga ditambah dengan wangian. 


Ramuan tambahan inilah yang menjadikan pelbagai jenama pencuci lantai basmi kuman yang anda boleh lihat dipasaraya berdekatan dengan anda. Setiap jenama dibungkus dengan kuantiti yang berbeza....1.5 liter, 1 liter dsb.


Setiap jenama harganya berlainan dan kalau diselidik hampir setiap produk mempunyai bahan yang sama.


Pengeluar produk pencuci ini membeli bahan mentah (PLR kalau dalam IM) dari pembekal yang sama dan hasilnya produk yang dihasilkan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Setiap produk pencuci ini dipasarkan dengan jenis produk yang berlainan. Iklan yang dibuat akan menfokuskan tentang keberkesanan produk ini.


Ia diletakkan sebelah menyebelah atas rak dipasaraya. Sebahagian pelanggan memilih yang ini dari yang itu tetapi mereka tidak membuat pemilihan berdasarkan setiap satu bahan yang terdapat didalamnya. Kebanyakkan dari kita membuat pilihan berdasarkan iklan pemasaran yang efektif.


Pada dasarnya, PLR adalah bahan mentah sama seperti bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk pencuci tadi dan kegunaannya hampir sama.


Artikel,ebook, lapuran dan produk digital PLR adalah umpama bahan mentah yang digunakan oleh usahawan internet yang bijak.


Usahawan internet ini telah mempelajari bagaimana untuk menggunakan PLR samada untuk merancakkan lagi niche yang ada atau membina pasaran internet yang baru.


Seperti bahan mentah didunia nyata, PLR ini akan dicampurkan dan diadun dengan cara yang unik untuk menghasilkan produk digital yang unik yang mungkin kelihatan sama tetapi secara perinciannya adalah berlaianan. Harga dan kuantiti samalah seperti produk di dunia nyata.


Pasaran untuk bahan PLR sangat pesat berkembang. Semakin ramai Internet Marketer yang bijak mengambil peluang keemasan ini. Mereka telah menguasai pemilik laman web yang tidak ada masa atau mereka terlalu malas atau kurang mahir dalam penulisan untuk menghasilkan produk digital mereka sendiri....ebook, artikel, lapuran dsb.


Semakin banyak bahan PLR boleh diperolehi dan harganya semakin murah kerana setiap web bersaing untuk mendapatkan subscriber. Di sudut yang lain pula, penjualan semula PLR menjadi semakin sengit.


Dari bahan yang sama yang ditawarkan oleh website PLR, semakin sengit persaingan untuk menjualnya semula. Disinilah reseller harus bijak untuk untuk menyatukan bahan mentah PLR untuk menjadikannya unik.


Pakej dan cara pemasaran adalah kuncinya.



   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.